Masyarakat kita
sedang menghadapi krisis
pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi
komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah
anggota
masyarakat pelbagai
lapisan terhadap bahasa sebagai
unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang
Sariyan ketika membentangkan
kertas utama yang bertajuk Melestarikan
Bahasa Melayu dalam Komunikasi
dalam Seminar Kesantunan
Berbahasa Peringkat Kebangsaan
pada 28 hingga 29 Mac 2007 di
Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
Tegas beliau,
“krisis pembudayaan bahasa
Melayu dapat diperhatikan dalam
dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan
krisis pembudayaan tentang mutu
penggunaan bahasa Melayu
dalam pelbagai ranah seperti
pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam.
Pelestarian bahasa Melayu
dari sudut taraf dan fungsinya
serta penggunaannya penting untuk
menyuburkan amalan komunikasi
yang baik dan berkesan,
sekali gus dapat
mengangkat martabat bahasa Melayu
sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”
Seminar anjuran
Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan
Pustaka Wilayah Timur dan
Kerajaan Negeri Terengganu
ini bertujuan untuk menghayati dan
menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika
bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab
kesopanan dan kesantunan
berbahasa yang semakin
diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini
diharapkan dapat memberikan input dan maklumat
baharu kepada para ilmuwan
dan pentadbir sekolah agar
dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus
memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi, bahasa komunikasi
dan bahasa perpaduan.
Seminar yang
dihadiri oleh 200 orang
peserta yang terdiri daripada pensyarah,
pegawai kerajaan, guru, bakal
pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh
Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan,
Tuan Haji Nik Arif
Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya,
beliau menegaskan bahawa
“penerapan kesantunan dan budi
bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang
berkualiti dan berkeperibadian tinggi.
Oleh itu, beliau berharap agar
seminar ini dapat
menyemarakkan rasa cinta
terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan
menyuntik semangat para peserta agar terus menjadikan budaya santun berbahasa
sebagai amalan.”
Seminar ini
berjaya menarik tumpuan peserta
melalui pembentangan kertas
kerja oleh tokoh-tokoh tersohor
seperti Bapak H. Tenas
Affendi dengan tajuk kertas
kerja Kesantunan Berbahasa dalam
Konteks Sosial. Dalam kertas kerjanya
beliau mengajak peserta menghayati nilai-nilai kesantunan
yang terkandung dalam pantun
dan ungkapan adat
Melayu. Di samping Bapak
H. Tenas Affendi,
turut membentangkan kertas kerja ialah Y. Bhg. Datuk Haji A. Aziz
Deraman, Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood
Musanif (UPM), Tuan Haji Mohd
Samsudin Mahmod dan Dr.
Robiah Kulop Hamzah (Institut Perguruan
Bahasa Melayu Malaysia).
Rumusan yang
dicapai daripada pembentangan
enam kertas kerja dalam seminar
ini ialah kesantunan berbahasa
dalam komunikasi perlu dipupuk
dari semasa ke semasa
agar dapat melahirkan masyarakat
atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran
globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara
No comments:
Post a Comment